Kenapa doa tak makbul?
"encik Hamka, Bila ada anak OKU, dan kita doa anak OKU menjadi normal, salah kah?"
******
Tak salah nak doakan anak OKU menjadi normal, Cuma jangan sedih bila doa tak makbul sebab salah satu sebab musabab doa kita tak makbul adalah kerana kita salah teknik dalam berdoa sebab tak faham apa itu takdir.
Sebagai contoh, jika muka korang hodoh lalu korang dengan sedihnya berdoa kepada Allah: “Ya Allah jadikanlah wajahku secantik Brie Larson hero filem Captain Marvel, Lepas doa karang, cuba korang pergi tengok cermin.. apa yang berlaku? Muka buruk tu jugak yang korang nampakkan? Apa perasaan korang? Sedih? Kecewa,? Nak bunuh diri?
Jadi doa macam tu salah, dan menyusahkan diri sendiri, sebab perkara yang korang doakan itu termasuk dalam takdir Allah.
Sepatutnya korang doa macam nih… “Ya Allah..jadikanlah aku bersabar dengan wajahku yang hodoh ini: (sambil bersyukur kerana hakikatnya ada lagi orang yang muka lebih buruk dari korang) lepas doa, korang pergi tengok cermin..apa yang berlaku? Kalau doa ‘sabar’ korang makbul.. tentu korang cakap: “cantik jugak aku nih, ada iras iras Maya karin apa? Woha!
Sama jugak bila ada anak OKU, kita doa nak anak kita normal macam budak bukan lain, tapi lepas doa terus stress sebab anak masih OKU, padahal kita kena faham OKU anak kita setakat mana kemampuannya boleh pergi, dan berdoalah untuk sampai ke arah lebih positif, jika OKU autism tak bercakap, doa agar dia bercakap dan dalam masa yang sama berdoa agar dikurniakan kesabaran dalam menjaganya.
Doa paling betul adalah: minta pada Allah hari-hari agar dikurnia hati yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dan hati yang sentiasa bersabar dengan segala ujian.
Bila doa syukur dan sabar kita diterima, maka mudah untuk kita bantu anak OKU kita ke arah lebih positif. InsyaAllah.
Jadi cuba tanya diri sendiri, sekarang ada tak saya doa sabar dengan apa yang saya tak suka? .. berapa kerat antara kita yang doa sabar dengan kesusahan berbanding yang berdoa supaya kesusahan tu hilang?
Dengan benda yang kita suka pun tak boleh nak sabar, seperti, alahai, lambatnya gaji, lambatnya raya, lambatnya nak dapat anak, lambatnya kekasih balas whatsapa, maka apatah lagi kita nak sabar dengan benda yang kita tak suka?
Jadi kita ada terfikir tak akan kenapa Allah bertalu-talu bagi kita susah? Adakah Allah nak kita ingat pada Dia dengan mintak di hilangkan kesusahan? Atau Allah nak kita bersabar dengan kesusahan sambil ingat Dia supaya darjat kita naik?
Dan jika kita sedar diri kita tak mampu nak sabar, kenapa tak minta sungguh sungguh agar dikurnia ‘hati yang sentiasa bersabar’?
Nampaknya saya kena bukak cerita Nabi Ayub a.s, baginda di uji dengan kehilangan harta benda, anak semua mati, dan isteri yang ramai semyanya lari, dan dia terkena pula penyakit kusta, lalu menderita seorang diri, tapi ada Nabi Ayub doa supaya hartanya dikembalikan, anaknya dihidupkan, isterinya kembali pulang? Ada? Nabi Ayub berdoa agar hatinya sentiasa bersabar.
Dalam doa kita minta kebaikkan di dunia dan di akhirat apabila Tabieen bertanya kepada Sahabat Nabi, apakah maksud kebaikkan di dunia? Jawab sahabat: Antara nikmat yang terbesar dalam hidup adalah memiliki sekeping HATI YANG SENTIASA BERSABAR dan BERSYUKUR.
Cuba rajinkan diri buka kitab, rujuk kisah sahabat Nabi S.A.W yakni: bila batu dihempap atas dada Bilal Ra, Bila Khabbab RA di seret atas bara api sampai bara api padam kerana lelehan lemaknya, Bila Sumayyah di seksa, Bila Abu Bakar Ra di pukul sampai rata mukanya, Bila Nabi sendiri di baling batu,
Apakah korang ingat Allah tak boleh halang orang kapir? Buat batu tu stop macam Neo dalam the matrix stopkan peluru? Kenapa Allah biarkan sahaja Nabi Muhammad SAW kekasihNya di baling batu atau Sahabat Nabi di seksa..?
Tak lain tak bukan, Kerana Allah nak uji iman mereka, dengan perantaraan sabar!
Sungguh Allah sangat suka dengan golongan yang bersabar dengan segala musibah!
Apa pesan Nabi pada Bilal?, Khabab?, sumayyah?, kelarga Yasir dan lain lain? Bersabarlah, sesengguhnya Allah bersama kita, Bersabarlah, Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar, Bersabarlah kerana sabar itu sebahagian daripada iman!
Lepas sabar, Nabi ajar syukur, dan Nabi yang taka da dosa solat sampai bengkak kaki, aisyah isterinya bertanya, kenapa tuan solat terlalu lama sampai bengkak kaki? Bukankah tuan taka da dosa? Nabi jawab: Sebab saya ingin jadi hamba yang bersyukur.
Nabi yang diuji hidupnnya, dicaci maki, di ludah, dipukul dan dibaling batu, malahan baginda dan penyokongnya dipulau dilembah Abu Mutalib, tidak boleh berjual beli dengan orang islam, sehingga anak kecil mati di ribaan ibunya kerana lapar, dan anak lelaki baginda semua mati sewaktu masih keciil, malahan Nabi di ancam bunuh, namun apa Nabi buat?
Bersabar dan Beryukur sehingga akhirnya Allah memberi kemenangan di dunia dan di akhirat.
Sebab tu saya nak tanya bailk, bila Allah datangkan kesusahan dalam hidup kita? Ada tak kita mintak hati yang bersabar? Tidak, sebaliknya kita menjerit terlolong sana sini dan salahkan orang lain, salahkan kerajaan, salahkan polis, salahkan sekolah, salahkan ustaz yang mana akhirnya jiwa kita sendiri yang menderita..tertekan, gila babi, lalu bunuh diri!Nauzubillah.
Bila anak kita ditakdirkan OKU, kita salahkan masyarakat yang tak faham, kita salahkan pasangan, kita salahkan jiran, kita salahkan mak mertua, kita salahkan kerajaan sedang diri kita tak pernah nak belajar sabar dan jika tahu diri tak mampu bersabar, buatlah solat hajat minta dikurniakan hati yang mampu bersabar,
Maka bila doa sabar kita makbul, maka ilham untuk bantu anak OKU kita akan terbuka selebar dunia, inyaAllah.
Cuba rujuk kisah Nabi zakaria a.s yang bersembunyi dalam pokok, lalu di gergaji oleh orang kapir, Nabi Zakaria mengerang kesakitan, lalu Allah tegur, jika kamu mengeluh, kamu akan di buang daripada senarai kenabian..lalu Nabi Zakaria ‘senyap’ menahan kesakitan di gergaji sampai terbelah dua.
Cuba rujuk kisah Nabi s.aw waktu di baling batu area kampung Taif, malaikat offer nak terbalikkan bumi Taif, Nabi sabar dan doa kebaikkan untuk mereka sambil air mata Nabi bergenang memohon keredhaan Allah.
Cuba rujuk kisah ketika Nabi musa sebelum menjadi Nabi, sedang jaga sekumpulan kambing, tiba-tiba seekor kambing telah lari (macam Ahmad Albab daa).. Nabi musa kejar itu kambing, tapi itu kambing lari jugak..sampai satu tahap, kambing tu penat berlari dan badannya luka kerana tergores sana-sini, begitu jugak Nabi Musa a.s yang luka kerana kejar dia punya kambing, tapi bila dah dapat kambing itu, nabi Musa takdelah nak terajang ke atau nak lempang kambing tu sebab menyusahkan dia, tapi Nabi Musa belai dan gosok dia, sambil berkata; kesian kau kambing, kenapa susah-susah begini?
Lalu mendukung kambing itu bawak pulang, maka pada ketika itu juga Allah berfirman kepada malaikat Jibrail .as untuk melantik Nabi musa sebagai Nabi kerana ada sifat sabar…subhanaAllah…
Itu belum saya cerita kisah Nabi khaidir yang enggan menerima anak murid untuk belajar dengannya walaupun seorang Nabi kerana tidak mempunyai sifat sabar
Oleh yang demikian, Kerana itulah antara Nikmat yang besar dalam hidup adalah memiliki hati yang sabar…
Korang tahu apa itu sabar? Sabar terbahagi kepada dua: (Satu): Sabar dalam mengerjakan amal kebaikkan (Dua): Sabar menahan segala ujian.
Jadi maksud sabar dalam mengerjakan kebaikkan adalah: TAAT SEGALA PERINTAH ALLAH SAMPAI MATI!
Dan maksud sabar dalam menahan segala penderitaan adalah :
TAHAN UJIAN ALLAH SAMPAI MATI! SAMAADA ALLAH HILANGKAN KESUSAHAN INI DENGAN BERKAT KESABARAN SAYA, ATAU SAYA MATI MENAHAN UJIAN ALLAH DENGAN SABAR!
Dan kita semua beruntung sebab Allah suruh cari pertolongan dengan SABAR dan SOLAT..cuba Allah suruh cari pertolongan dengan sabar dan PUASA atau sabar dan HAJI, jenuh kita nak dapatkan kesabaran itu,.so adil sangat bila Allah suruh cari pertolongan dengan SABAR dan SOLAT..
Ni lagi satu…, bila korang ada hajat dan buat solat hajat, berapa raka’at korang solat hajat? Apa? Tak dengar…Dua?.. DUA SAJER!?
Saidina Ali yang tiada makanan solat 12 raka’at baru Allah bagi rezeki yang melimpah ruah, kita yang banyak dosa ni..solat hajat dua raka’at sahaja supaya dimudahkan urusan hutang, urusan ajaga anak OKU dan lain lain?
Oh, kalau lah malaikat tu sejenis makluk yang ada sifat penat, tentu malaikat tu penat tulis dosa saya, adohai…
MORAL: bila susah, bersolatlah dan lepas solat mintak dengan Allah hati yang sentiasa bersabar. Dan sudah menjadi janji Allah untuk menghapuskan kesusahan kamu selepas kamu bersabar..
Jadi yang tak tahan dengan karenah suami, dah doa belum sabar dengan sifat suami?
Yang tak tahan dengan masakan isteri tak sedap, dah doa belum sabar dengan rezeki Allah?
Yang tak tahan dengan karenah anak-anak OKU, dah doa belum sabar dengan sifat anak?
Tahu tak?, sumpah syaitan nak sesatkan anak adam bukan melalui serangan fizikal sebab itu dan takdir, bukan kerja syaitan susahkan kita dengan rosakkan kandungan lalu anak menjadi OKU, bukan! Kerja syaitan adalah bisikan dalam hati agar sentiada mengeluh bila susah dan sentiasa kufur nikmat.
Jadi nak lawan bisikan syaitan, kena lawan dengan bisikan doa kepada Tuhan agar hari kita kuat, sabar dan syukur ulang ulang kita minta dalam solat, dan diluar solat, kita zahirkan sabar dan syukur kita, waktu itu syaitan akan tewas dengan hina sehina-hinanya.
Lagipun, logic manusia, Bila kita dan ada sifat sabar, maka masalah kita akan lebih senang diselesaikan berbanding orang yang mengeluh waktu ditimpa masalah.
Peniaga yang Berjaya, ahli sukan yang Berjaya, pelajar yang Berjaya, isteri yang Berjaya, Parent yang Berjaya, pemimpin yang Berjaya, mereka semua ada sifat sabar yang luar biasa.
Jadi kesimpulanya, Apa yang Allah telah takdirkan, macam rezeki, ajal, jodoh, kecacatan anak, dan lain-lain takdir Allah, tak payahlah nak kena doa sampai keluar air mata darah minta Allah ubah takdir yang lepas, ada benda lain lagi yang patut korang doa sampai keluar air mata darah iaitu takdir esok!
Minta HATI YANG SENTIASA BERSABAR walau sebesar besar ujian, dan hati yang sentiasa bersyukur walau sekecil kecil nikmat.
Bila kita ada sifat syukur, masalah kita akan lebih senang diselesaikan berbanding orang yang tak ada sifat syukur ditimpa masalah.
Peniaga yang Berjaya, ahli sukan yang Berjaya, pelajar yang Berjaya, isteri yang Berjaya, pemimpin yang Berjaya, Parent yang Berjaya, mereka semua ada sifat syukur yang sangat luar biasa.
Akhir kata: selamat berdoa dengan cara yang betul, InsyaAllah kita akan mendapat pertolongan yang betul.
Ya Allah, kau telah PILIH saya untuk di uji, maka Bantulah saya Ya Allah dengan kurniakan kepada saya hati yang Sentiasa Bersabar dengan ujian ini, dan berilah ilham untuk hati ini bersyukur dengan ujian ini kerana sekiranya beginilah caranya Engkau Redha dengan saya, dan ampunkan dosa saya, dan selamatkan saya dari azab api neraka, dan masukkan saya ke dalam syurga yang kekal abadi, maka alangkah indahnya ujian ini. Sungguh permintaan saya tidak banyak, saya hanya mahukan sabar dan syukur sampai syurga, Moga RedhaMU menjadi milikku.
Terima kasih Ya Allah.
Amin.
Ps: siapa Berjaya baca sampai habis, korang memang seorang yang sabar, Woha!
(Artikel ini diambil dan diolah semula dari buku Hamka Kereta Mayat)